
Penulisan Refleksi GKK 1043Kesan Senaman Terhadap Fisiologi Badan Manusia REFLEKSI INDIVIDU Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) merupakan ujian yang dilaksanakan bagi mengukur tahap kecergasan fizikal pelajar iaitu keupayaan sistem badan untuk berfungsi dengan efisien bagi membolehkan pelajar melakukan setiap aktiviti atau ujian mengikut prosedur yang betul sekaligus dapat mencapai objektif ujian tersebut. Mengikut buku Panduan Ujian Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, SEGAK perlu dijalani oleh pelajar sebanyak dua kali setahun iaitu ujian pre dan ujian post. Pada 11 Julai 2019, unit TESL 1 telah menjalani ujian pre SEGAK dan juga ujian bleep. Manakala ujian post telah dijalankan pada 11 September 2019. Terdapat lima aktiviti dalam ujian SEGAK iaitu Indeks Jisim Badan (BMI), jangkauan melunjur, t...