Penulisan Refleksi GKK 1043Kesan Senaman Terhadap Fisiologi Badan Manusia

REFLEKSI INDIVIDU


  Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) merupakan ujian yang dilaksanakan bagi mengukur tahap kecergasan fizikal pelajar iaitu keupayaan sistem badan untuk berfungsi dengan efisien bagi membolehkan pelajar melakukan setiap aktiviti atau ujian mengikut prosedur yang betul sekaligus dapat mencapai objektif ujian tersebut. Mengikut buku Panduan Ujian Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, SEGAK perlu dijalani oleh pelajar sebanyak dua kali setahun iaitu ujian pre dan ujian post. Pada 11 Julai 2019, unit TESL 1 telah menjalani ujian pre SEGAK dan juga ujian bleep. Manakala ujian post telah dijalankan pada 11 September 2019. Terdapat lima aktiviti dalam ujian SEGAK iaitu Indeks Jisim Badan (BMI), jangkauan melunjur, tekan tubi, bangkit tubi separa dan naik turun bangku.

            Pada ujian pre, catatan BMI saya adalah 20.7 iaitu berdasarkan kepada berat badan seberat 58.3 kg dan ketinggian 168 cm. Ukuran BMI ini menunjukkan bahawa komposisi badan saya berada pada paras normal. Pada ujian post, catatan BMI saya berkurang kepada 22.6 dengan peningkatan pada berat saya iaitu 59.5 kg dan setinggi 170 cm. Pengurangan ini berlaku kerana saya cuba untuk mengekalkan berat badan selain bergiat aktif dalam sukan serta menjaga pemakanan mengikut piramid makanan. Pengiraan BMI ini bertujuan untuk menilai komposisi badan untuk mengelakkan seseorang itu mengalami berat badan berlebihan atau berat badan susut.

            Untuk ujian naik turun bangku, kadar denyutan nadi pada ujian pre adalah 120 denyutan dalam seminit manakala pada ujian post kadar denyutan nadi saya meningkat kepada 147 denyutan seminit. Berlaku peningkatan pada kadar denyutan nadi hasil daripada aktiviti ini. Peningkatan ini berlaku kerana tahap metabolisme dan stamina saya semakin berkurang kerana saya tidak mampu mengawal pernafasan.
Dalam ujian tekan tubi pada peringkat pre, saya mencatat sebanyak 20 kali. Pada ujian post pula saya telah mencatat sebanyak 24 kali tekan tubi. Peningkatan ini menunjukkan bahawa kekuatan otot biceps dan otot triceps saya semakin kuat. Saya mampu untuk menampung berat badan saya dalam jangka masa yang lebih lama.

            Dalam ujian ringkuk tubi separa, saya telah mencatat sebanyak 28 kali dalam ujian pre. Namun dalam ujian post, berlaku penurunan iaitu sebanyak 16 sahaja. Hal ini berlaku kerana daya tahan otot abdomen saya semakin berkurang dan tidak mampu bertahan lama.

            Untuk ujian jangkauan melunjur, saya telah menjangkau sejauh 30 cm pada ujian pre. Kemudian pada ujian post pula saya telah berjaya meningkatkan jangkauan saya sebanyak 6 cm. Hal ini kerana saya telah melakukan aktiviti regangan dengan lebih kerap.

            Dalam ujian pre, saya telah mencatat sebanyak 6.6 kali pusingan, manakala dalam ujian post pula saya mencatat sebanyak 7.10 pusingan. Hal ini berlaku kerana saya banyak melakukan aktiviti melibatkan stamina seperti berjogging dan lompat tali. Dengan melakukan aktiviti ini, saya dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan stamina saya.

            Melalui ujian SEGAK dan Bleep, saya dapat mengetahui sejauh mana daya ketahanan diri saya dan mengetahui cara untuk meningkatkannya. Saya berharap agar saya dapat melakukan aktiviti sebegini secara berterusan.

GAMBAR-GAMBAR SEMASA UJIAN DIJALANKAN








Comments

Popular posts from this blog